Sejarah MK Land

Perfect Food Industries

MK Land Holdings ditubuhkan pada 2 Ogos 1978 sebagai Perfect Food Industries Sdn. Bhd. yang terbabit dalam pembuatan dan penjualan biskut dan bahan makanan.[5][6]

Syarikat itu mula membina kilangnya di Alor Gajah, Melaka pada 1980 yang memulakan pengeluaran komersil setahun kemudian dengan pemasangan barisan pengeluaran biskut automatik RM2.2 juta pertamanya yang dibeli dari Eropah. Biskut itu dipasarkan di bawah jenama Julie's.[6]

Pada Julai 1987, didorong oleh permintaan yang semakin meningkat untuk biskut jenama popularnya Julie's, Perfect Food membeli barisan pengeluaran biskut automatik kedua yang berharga kira-kira RM3.8 juta.[6]

Syarikat ini disenaraikan di Bursa Malaysia (dahulu dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur atau BSKL) pada Jun 1992.[6]

Selepas penyenaraiannya di BSKL, ia ditukar nama kepada sebagai Perfect Food Industries Bhd pada 1997.[7]

MK Land dan permulaan operasi

Perfect Food Industries dinaik taraf menjadi syarikat hartanah dan ditukar nama kepada MK Land Holdings Berhad pada 27 Ogos 1999,[5][8] bagi mecerminkan dengan tepat peralihan perniagaan teras kumpulan kepada pembangunan hartanah.[9]

Pada Oktober 1999, syarikat ini mengumumkan akan melaksanakan pembangunan dua projek perumahan di Lembah Klang dan Bukit Merah Laketown di Bukit Merah, Taiping, Perak.[10]

Pada 10 Julai 2000, MK Land mengumumkan pengambilalihan empat syarikat bernilai RM2 bilion.[11] Empat syarikat yang diambilalih ialah Saujana Triangle Sdn Bhd, MK Development Sdn Bhd, MKN Properties Sdn Bhd dan Mallika Holdings Sdn Bhd.[12] Pengambailalihan ini akan membolehkan syarikat itu memiliki kepelbagaian produk, lokasi serta campuran unik dalam sektor hartanah.[13]

Pada Disember tahun yang sama, MK Land memperoleh jualan RM992 juta bagi dua projek hartanah yang dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor untuk menyediakan lebih banyak kediaman mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah.[14]

Pada Jun 2003, MK Land menjual semua sahamnya dalam Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, Markins Corporations Sdn Bhd dan Fairway Review Sdn Bhd dengan harga RM6,739,674 selepasMustapha Kamal bercadang mahu menumpukan perniagaan syarikatnya pada pembangunan hartanah dan pelaburan.[5]

Di bawah kepimpinan Mustapha Kamal, MK Land menjadi sebuah syarikat pengurusan hartanah yang berjaya membangunkan kawasan yang dahulunya agak terpencil dan tidak mendapat perhatian kepada kawasan elit yang lengkap dengan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi.[5]

Tidak hanya terbabit dalam bidang hartanah, MK Land juga terkenal dalam industri perhotelan dan tempat peranginan seperti Bukit Merah Laketown Resort dan Langkawi Lagoon.[5]

MK Land juga terbabit dalam tenaga boleh diperbaharui dengan pembangunan loji fotovolta (PV) solar berskala besar 10.95 megawatt (MW) di Kerian, Perak. Ia telah melantik Solarvest Holdings Bhd sebagai penyedia penyelesaian kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) untuk projek itu.[15]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: MK Land http://www.mkland.com.my https://www.majalahlabur.com/pelaburan-hartanah/ke... https://www.theedgemarkets.com/article/mk-land-div... https://www.theedgemarkets.com/article/mk-land-pos... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07... https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2022/07/9801... https://www.klik.com.my/item/story/1175641/perfect... https://www.klik.com.my/item/story/1463271/mk-land... https://www.klik.com.my/item/story/1580675/correct... https://www.klik.com.my/item/story/1968569/jualan-...